Anda tahu bisnes anda untung.
Boleh anda buktikan?
Bank tak terima “rasa-rasa untung”. Mereka nak lihat rekod. Kami kemaskan rekod anda yang berselerak atau tertunggak, dan hantar laporan bulanan yang menunjukkan jualan, kos dan untung anda, siap dengan penerangan.
- Tak perlu sediakan akaun dulu
- Mula dengan satu masalah
Akaun saya tertunggak berbulan‑bulan. Nak mula dari mana?
Beritahu kami sejauh mana akaun anda tertunggak. Kami akan terangkan apa yang perlu untuk kemas kini.
Pernah alami?
Anda fokus pada bisnes. Kami bantu anda faham angkanya.
Bank asyik tolak loan saya.
Akaun yang bank boleh percaya
Ramai SME ditolak kerana akaun mereka lewat atau tidak lengkap. Kami kemas kinikan akaun anda, supaya anda memohon dengan rekod yang lengkap. Keputusan akhir tetap di tangan bank.
Akaun saya tertunggak berbulan‑bulan.
Lihat prestasi sebenar anda
Kami selesaikan tunggakan, kemudian hantar akaun anda setiap bulan dan bincangkannya bersama anda.
Jualan ada, tapi duit tunai sentiasa ketat.
Rancang tunai lebih awal
Tahu apa yang masuk, apa yang keluar, dan bila tunai menjadi ketat.
Bank minta penyata kewangan terkini saya.
Sentiasa bersedia bila bank minta
Penyata dan rekod terkini, supaya anda boleh jawab soalan bank dengan yakin. Kami sediakan angka; keputusan akhir tetap di tangan bank.
Semua yang kami uruskan untuk anda
- Bukan sekadar laporan: kami sediakan akaun pengurusan bulanan anda dan duduk bersama anda untuk terangkan prestasi bisnes anda
- Tunggakan anda diselesaikan, dengan bantuan catatan akaun bila perlu
- Rutin bulanan yang mudah, supaya akaun sentiasa terkini
- Akaun akhir tahun, sedia patuh. Disediakan untuk audit, SSM dan LHDN anda
- Ketua kewangan sambilan (CFO luar) untuk bajet dan aliran tunai
- Merancang IPO? Kami bantu tukar akaun anda daripada MPERS ke MFRS
Mudah, langkah demi langkah.
Kami semak apa yang anda ada
Apa yang tiada, dan sejauh mana ia tertunggak.
Kami selesaikan tunggakan
Bulan demi bulan, sehingga akaun terkini.
Akaun pengurusan bulanan, diterangkan
Setiap bulan, kami duduk bersama anda untuk semak jualan, kos dan untung anda.
Akhir tahun, sedia patuh
Penyata kewangan disediakan untuk audit, SSM dan LHDN anda.
Selepas disediakan, akaun bulanan anda siap sekitar 15 haribulan bulan berikutnya.
Masalah yang anda tak perlu hadap.
- Audit lewat dan yuran audit tambahan
- Penalti daripada LHDN atau SSM kerana terlepas tarikh akhir
- Bank mempersoalkan atau menolak angka anda
- Membuat keputusan besar tanpa tahu keadaan sebenar bisnes anda
- Cukai yang tak dijangka, atau bayar cukai lebih daripada yang perlu
Apa yang kami tak buat
- Audit berkanun itu sendiri. Ia kekal dengan juruaudit anda, dan kami bekerja bersama mereka.
Nak butiran lengkap?
Senarai penuh ada di halaman perakaunan utama kami. Lihat butiran lengkap →
Soalan yang kerap ditanya pemilik.
Boleh anda pastikan bank meluluskan pinjaman saya?
Tidak. Kami menyediakan akaun dan rekod anda supaya anda boleh menjawab soalan bank. Bank membuat keputusan mengikut syaratnya sendiri.
Akaun saya berselerak. Masih boleh dibantu?
Boleh. Kami mulakan dengan semak apa yang anda ada, kemudian selesaikan tunggakan bulan demi bulan. Kebanyakan pelanggan kami datang dalam keadaan tertunggak.
Adakah anda buat audit juga?
Tidak. Audit anda kekal dengan juruaudit bebas, supaya ia kekal bebas. Kami sediakan akaun anda dan jadual yang diminta juruaudit, dan bekerja bersama mereka.
Akaun yang jelas.
Keputusan yang lebih baik.
Beritahu kami sejauh mana akaun anda tertunggak. Tak perlu kemaskan rekod dahulu.
- Sejauh mana akaun anda tertunggak
- Rekod yang anda masih ada
- Bantuan yang sesuai
- Saya dapat surat daripada LHDN.
- Penyata SSM kami lewat.
- Bayaran gaji bulanan tak on time. Ada yang terkurang atau terlebih bayar.
Accounting & bookkeeping is provided by Venturoso Corporate Services Sdn Bhd, Member firm of MIA and SSM.